Article

Perihal diet yang macam takkan berakhir

Lama gila tak tulis apa-apa kat sini. Tup-tup ada kategori baru pulak dah. Dah la tu, pasal diet pulak tu! Memang tipikal topik orang perempuan kan. Lantak pi lah. Sekarang ni malas nak berselindung di sebalik apa-apa dah. Orang tanya ‘kau diet ke?’ aku nak jawab je ‘ha’ah, nape? Tak boleh ke? Ye la aku tau la aku tak selim melim macam kau kan‘. Uhuk. Almaklumlah aku ni tembam membam tak kecik molek macam ramai kawan aku, akak ipar aku dan bakal ipar-ipar aku *nanges*. Tipulah kalau sesekali tu tak rasa macam kerdilnya (ironi!!!) diri aku bila berdiri di sisi mereka semua!

Sebelum konvo hujung bulan Mei haritu, aku berjaya turun dalam 8kg daripada berat asal aku yang memang horror. Tak payah tanya. Aku ingat balik pun HORROR. Seminggu lepas tu sebelum majlis tunang aku pulak, aku berjaya turun lagi 2.5kg. Jadi, total pengurangan berat aku ialah 10.5kg. Muat lah aku dalam kebaya tunang aku warna purple. Itu pun atas bantuan Sendayu Tinggi, okey. Ingat aku rajin sangat ke nak exercise bagai nak rak? Tak sempat la nak exercise bagai. Kerja bertimbun. Orang cakap je kerja cikgu ni senang, banyak rehat. Hak ptuih. Memang la tak setanding kerja cam doktor tu, tapi cuba kau datang sini ambik alih kerja aku seminggu kalau nak tau. Well, tak exercise pun takpe. Turun naik tangga, cross bangunan, berdiri jalan keliling sekolah keliling kelas sepanjang hari – kira exercise la tu kan? Hehe.

Produk Sendayu Tinggi yang aku maksudkan tu adalah yang ni ha:

Sendayu Tinggi Easy Slym Drink. Kalau tak silap, dalam RM58 sekotak untuk 2 minggu. Sedap~~~ Bancuh satu paket je sehari, 30 minit sebelum makan. Breakfast ke, lunch ke, dinner ke. Asalkan sekali. 2 kotak je kot aku minum. Aku ni cepat bosan orangnya. Lagipun minum ni buat aku jadi pening-pening lalat sikit sebab aku… malas minum air. Salah aku, kan? Heh.

Lepas majlis tunang, aku stop diet. Sebab apa? Sebab malas. Sedar-sedar aku dah tambah balik dalam 3kg lebih. Melatah la aku. Ahhhhh deym. Salah aku jugak makan tak hengat dunia. Sekolah pulak banyak jamuan dengan makanan sedap-sedap T^T Nak kahwin tak sampai setahun. Tak muat baju kang malu free aku. Uhuk. Sekarang ni dengan penuh keazaman nak turun berkilo-kilo (konon~~) dan berbekalkan gaji aku yang tak seberapa ni, aku pun invest la dalam produk berikut:

De Bella Litchin. Mesti ramai yang dah tau pasal produk ni kan. Aku beli stok 20 hari je. Gaji bulan November masuk lambat ye (Oktober punya masuk awal sangat). Mahalllll!!! Tak mampu nak redah stok 30 hari. Nak beli set trader, aku kat sini takde kawan sorang pun :( Aku pulak boleh tahan gak kedekut kalau nak beli benda-benda hangus macam ni. Hari ni dah masuk hari ke-3 aku ambil Litchin ni. 2 enzim, 1 fiber setiap hari. Aku minum air berliter-liter toksah cakap. Kat depan aku sekarang ni pun ada dua tumbler berkapasiti 2 liter setiap satu, hehehe. Alhamdulillah, timbangan dah turun dalam 2kg gitu. Teruja okeyh! Semoga angan-angan nak turun berkilo-kilo tu tercapai :) Sesiapa yang kenal aku kalau ditakdirkan terbaca blog ni, silalah doakan aku sekali.

p.s/ LOL, entri ni nampak macam aku nak menjual barang pulak kan? Tak reti la, sori -_-”

Leave a Comment
Audio

Selamat Hari Lahir, Hani

[Download mp3 (2:28 | 3.6mb] - Sepatutnya hantar pukul 12am semalam, tapi… hujan dan internet sangatlah tak kamceng. Termasuklah lupa. Hari tu kan dah janji rekod satu untuk Hani, so ni dia. Tapi dalam BI, bukan Jap. Huhu.

Selamat Hari Lahir, Hani~
p.s/ Budak ni comel, tapi korang takleh ngorat dia sebab dotdotdot.
 *winkwink*